♥ u'll always in my heart ♥

Luahan hati tanpa bicara buatmu, Sayangku


I hide my tears when I say your name, but the pain in my heart is still the same. Although I smile and seen cheerfull everytime... There is no one I miss more... than I miss U. SAYANG, I don't know how to make things better between us but I can start by saying....I'm so sorry, I really am" Salam buat kekasih hatiku... Buat permulaan, izinkan aku menyusun sepuluh jari memohon maaf. Tak terlintas bagi diriku utk meletakkan dirimu dalam keadaan serba salah. Namun aku cuma insan biasa yg punya hati dan perasaan. Ingin perhatian dan kasih sayang darimu seperti dahulu... Lately ni, tak tahu kenapa perasaan sedih ini kerap mengunjungi ruang hati. Cuba untuk dibuang jauh2 dari lubuk hati, namun ianya semakin kemas tersimpan disanubari. Mungkin kerana TERLALU SAYANG? Mungkin kerana TERLALU MERINDU? Mungkin kerana KURANGNYA PERHATIAN DARIMU? atau Mungkin kerana TAKUT KEHILANGANMU? Entah bila perasaan gelisah ini berputik tanpa disedari, tapi yg pasti selepas kembali dari percutian yg terakhir. Mungkin boleh dikatakan percutian yg tiada arah tujuan selain untuk menemanimu atau melewati masa bersama. Dari detik hatiku terasa dan terguris dengan kata-katamu yg tanpa disengajakan.. ianya berlarutan sehingga dirimu mengahabiskan cuti tahunan tanpa sebarang khabar berita diutuskan buat diriku, walau aku amat2 memahami dan tahu akan keadaan dirimu yg tidak mengizinkan... penuh dengan rintangan dan halangan.. demi kasih sayangmu padaku. Tahukah dikau... Bagaimana perasaan hatiku dikala itu?
Bagaimana hari2 yg ku lalui tanpamu? Aku benar2 terasa kehilangan.... Bagaimana aku merindui masa2 lalu kita bersama? Walau kuat aku menghadapinya.. Namun aku tewas. Di luar, aku seperti biasa, tetapi di dalam hati, hanya Allah sahaja yg tahu. Hanya airmata dan doa yg dpt menemani aku. Setelah airmata yg gugur, aku mendapat sedikit ketenangan Dan aku rasa bersyukur kerana masih dikurniakan perasaan menyayangimu yg semakin mendalam. Sehingga kesaat ini, aku sebenarnya merindui masa- masa lalu kita. TERLALU... Sayangku, Kita dikurniakan perasaan Cinta, Kasih Sayang dan Kerinduan Namun ianya seperti pantai, ada pasang surutnya.. Kita akan tersenyum, salah faham atau kadang kala tiada mood untuk menyenangkan hati. Tak mungkin tiada kesedihan dan dugaan dalam perhubungan ini. Kesedihan memang menjadi sebahagian dari hidupku, Maafkan aku, jika terlalu beremosi... tapi itu adalah diriku. Aku cuma manusia biasa yg punya hati dan perasaan. Adilkah kalau seringkali membiarkan perasaan ini terluka dan dilukai? Aku cuba menepis perasaan ini, walau seringkali aku gagal. Namun... Dengan kelembutan, cinta, kasih sayang bersama sekelumit perhatian yg kau berikan selama ini membuatkan aku ingin segera membuang jauh2 perasaan ini agar dunia yg kita bina bersama ini disulami dengan kegembiraan dan kebahagian yg aku cari-cari selama ini. InsyaALLAH. Terima kasih, Sayangku Untuk Cinta ini Untuk Kasih Sayang ini Untuk Kerinduan ini Untuk Perhatian ini Untuk Segala-galanya.. 

ANDAI SAYANGMU TAK BERTEPI, DI SAAT INI.. IZINKAN AKU MERASAI KEHANGATAN PELUKKAN CINTAMU DIWAKTU AKU TERLALU MERINDUI BELAIAN KASIH SAYANGMU. WALAU DIRIMU JAUH DI MATA, NAMUN AKU MASIH DAPAT MERASAKAN SENTUHANMU MEMELUK DIRIKU YG KERINDUAN DALAM KESEJUKAN MALAM. HADIRLAH KAU DISISIKU, WAHAI SAYANGKU. TANPA CINTAMU, AKU MATI....

Tanda-tanda lelaki cintakan perempuan

1. Dia tidak malu untuk berbual dgn wanita lain, tetapi apabila berjumpa perempuan yg disayanginya dia akan ter'kelu' jadi batu jap. 
2. Dia tidak suka melihat orang yg disayanginya
berbual dgn lelaki lain walaupun teman nya sendiri.
3. Si dia sanggup menunggu anda walaupun anda sudah punya kekasih kerana baginya selagi belum
berkahwin tidak semestinya jodoh 
4. Si lelaki akan menunggu anda walaupun anda
menyuruhnya tunggu sampai mati.
5. Si dia tidak mahu anda menjadi 'couple' nya tetapi
'isterinya'
6. Dia akan menerima kekurangan anda.
7. Dia tidak pernah berasa bosan walaupun sudah
berjam lamanya dgn anda.

 Wahai kaum hawa! Ingat lah mencari wanita yg
menangis untuk teman lelaki nya 'RAMAI' tetapi nak
cari lelaki yg menangis untuk wanita adalah 1 dalam
1000! Jadi hargailah lelaki yg benar2 mencintai anda. 

p/s : MAAFKAN AKU ANDAI AKU TAK SEMPURNA TIKA HADIRKU DALAM HIDUPMU..AKU HANYA INSAN BIASA YANG TAK PERNAH LARI DARI MEMBUAT SILAP..AKU SEDAR SIAPA DIRIKU..